“Spread” adalah istilah yang hampir sama
dengan Susut Nilai Emas dan biasanya ia dikira dalam bentuk peratus (%).
Ianya
merujuk kepada potongan harga yang dikenakan apabila Emas dijual semula kepada
penjual asalnya atau kepada penjual yang lain.
Perbezaan
antara Spread dan Susut Nilai adalah:
Spread –
Kadar potongan peratusnya rendah dan tetap. Biasanya ia untuk emas berbentuk
Bar, Syiling dan Dinar
Susut
nilai – Kadar potongan peratusnya lebih tinggi dan berbeza-beza bergantung
kepada penilaian harga yang ditawarkan untuknya. Biasanya ia untuk emas
berbentuk barang kemas
Spread Gold Bar Public Gold
Apa
kaitan Spread dan Pelaburan Emas?
Dalam
pelaburan emas, keuntungan dari kenaikan harganya hanya akan diperolehi apabila
emas yang dibeli telah dijual semula, bermakna memilih Produk Emas Pelaburan
yang mempunyai kadar Spread paling rendah adalah satu ciri yang paling penting
dan perlu diutamakan berbanding saiz, berat dan ketulenannya samaada 999 atau
916.
Bagaimana
kadar Spread boleh mempengaruhi Pelaburan anda?
2 perkara
yang akan memberi kesan kepada pelaburan emas sekiranya anda memilih Produk
Emas yang mempunyai kadar Spread yang rendah, iaitu:
1.
Keuntungan akan lebih banyak
2. Tempoh meraih keuntungan akan lebih cepat
2. Tempoh meraih keuntungan akan lebih cepat
Bagaimana
cara mengira untung dari kenaikan harga Emas berdasarkan spread produk yang
dipilih?
Formulanya
:
Harga
Belian + % Spread + % Keuntungan Sasaran
Kajian
Kes 1 :
Si A
ingin meraih keuntungan sebanyak 5% dari pelaburan emas dengan memilih produk
emas yang kadar spreadnya adalah 10%, bermakna beliau perlu menunggu kenaikan
harga emas sebanyak 15% baru beliau boleh meraih keuntungan bersih sebanyak 5%
apabila beliau menjual semula emas tersebut.
Tetapi
disebabkan jarak pergerakan Naik dan Turun harga emas sepanjang September 2011
hingga Ogos 2012 ini juga sekitar 15%, maka sehingga sekarang ini beliau masih
belum berjaya meraih sebarang keuntungan melainkan beliau membelinya pada harga
yang paling rendah, dan menjualnya pada paras yang paling tinggi dimana situasi
tersebut adalah amat mustahil dicapai.
Kajian
Kes 2 :
Si B
ingin meraih keuntungan sebanyak 5% dari pelaburan emas dengan memilih produk
emas yang kadar spreadnya adalah 3.5%, bermakna beliau hanya perlu menunggu
kenaikan harga emas sebanyak 8.5% sahaja dan beliau boleh meraih keuntungan
bersih sebanyak 5% apabila beliau menjual semula emas tersebut.
Dengan
jarak pergerakan Naik dan Turun harga emas dari September 2011 hingga Ogos
tahun 2012 sekitar 15%, maka sehingga sekarang ini beliau telah berjaya membuat
3 kali transaksi Beli-jual, Beli-jual dan Beli-jual dengan setiap satu
transaksi memberikan keuntungan sebanyak 5%, bermakna keuntungan bersihnya
adalah 15%.
Kesimpulan
:
Pastikan anda memilih produk Emas yang paling rendah kadar spread untuk Pelaburan Emas anda.
Pastikan anda memilih produk Emas yang paling rendah kadar spread untuk Pelaburan Emas anda.