SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -

Isnin, 19 September 2011

Public Dinar - Dinar Emas 916

Kenapa Membeli Emas?



Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan 
perak yang stabil sangat menarik perhatian. 
Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman nabi Muhammad SAW;
hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham.

Ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang 
emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. 
Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. 
Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak
sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya 
tidak mungkin jatuh seperti wang kertas. 

Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk 
emas adalah kaedah terbaik dan terunggul. 

Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. 
Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak. 

Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk 
deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. 
Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur 
bahawa janji pembayaran akan dilakukan.
Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh
gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico. 

Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia.
Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya.
Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia 
selama 5000 tahun di samping logam ini. 

P/S : Jangan lupa hubungi saya untuk membeli di no 014-856 8697.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan