SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -

Sabtu, 10 September 2011

Seminar bulan September 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sihat sejahtera dan ceria adanya.

First sekali saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca blog ini.
Saya doakan anda semua semakin ceria, kaya dan berjaya dengan emas 

Setelah sebulan berehat sempena bulan puasa, kini saya akan menyambung kembali seminar ke seluruh Malaysia.

Bagi mereka yang inginkan ilmu emas serta mengetahui keuntungan menjadi seorang tokey emas, maka bolehlah hadir ke seminar saya.

Ianya PERCUMA.

Jika anda ingin hadir ke seminar Peluang Perniagaan Emas Bersama Public Gold (FREE), maka anda boleh lihat jadual seminar saya dibawah.

Jadual seminar bulan September 2011.

Untuk bulan September 2011,

seminar Peluang Perniagaan Emas Bersama Public Gold akan diadakan di:

         1  .Kota Bharu 10/9/2011
2. Kuala Terengganu 11/9/2011
3. Kuantan, Pahang 12/9/2011
4. Melaka 14/9/2011
5. Bandar Sunway 17/9/2011
6. Bishop, Penang 19/9/2011
7. Sungai Petani, Kedah 20/9/2011
8. Alor Setar, Kedah 21/9/2011
9. Kulim, Kedah 22/9/2011
10. Senawang, N9 27/9/2011
11. Kuching 28/9/2011
12. Kota Kinabalu 29/9/2011
 
Jadual lengkap boleh dilihat di bawah:

Seminar bulan September 2011

Hari
Masa
Tajuk
Negeri
Tempat
Sabtu
.
10/9/2011
8.30 PM – 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.
Kota Bharu
Public Gold Kota Bharu
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan (sebelah Public Bank)
Ahad
.
11/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.
Kuala Terengganu
Public Gold Office 16A, tingkat 1, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu (sebelah KFC)
Isnin
.
12/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.
Kuantan, Pahang
Public Gold Office
A-6624, Tingkat 1 dan 2, Jalan Berserah 25250 Kuantan Pahang (sebelah Maybank Jalan Beserah)
Rabu
.
14/9/2011
8.30 PM – 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold
Melaka
Public Gold Melaka,
No. 9A Jalan Melaka Baru 22, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, Melaka.(bersebelahan Perodua).
Sabtu
.
17/9/2011
10:00 pagi sehingga 12:30 tengahari
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold
Koperasi Homestay Sri Kayangan, Sungai Besar, Selangor
Seri Kayangan Homestay, Lot 160, Kg Tebuk Baru, Bagan Terap Sungai Besar Selangor 45300 Malaysia
Sabtu
.
17/9/2011
8.30 PM – 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold
Sunway
Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6
(tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway,
(bilik seminar baru)
Isnin
.
19/7/2011
8.30 PM-10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold
Bishop, Penang
Public Gold Bishop
No. 84 Lebuh Bishop
10200 Penang Malaysia.
Selasa
.
20/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.
Sungai Petani,
Public Gold Sungai Petani,
No. 86B, Tingkat 1, Jalan Pengkalan, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah. (sebelah Public Bank)
Rabu
.
21/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.
Alor Setar
Public Gold Alor Setar Branch. No. 1577, 1st & 2nd Floor, Jalan Kota Alor Setar. 05000, Kedah.
Khamis
.
22/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.
Kulim, Kedah
Hotel Seri malaysia
Bilik Teratai C
No.2 Taman Tasik Putra
Kulim, Kedah
Selasa
.
27/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold
Senawang, N9
Public Gold office,
152-1 & 152-2, Block M,
Taipan Senawang,
Jalan Taman Komersil Senawang 1,
Taman Komersil Senawang,
Rabu
.
28/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold
Kuching, Sarawak
Public Gold Kuching
3rd Floor, Lots 456 & 457,
Al – Idrus Commercial Centre, Jalan Satok,93400 Kuching, Sarawak.
Sabtu
.
29/9/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold
Kota Kinabalu
Promenade Hotel,
No. 4, Lorong Api-Api 3,
Api-Api Centre,
Kota Kinabalu

Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas.
Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas.


Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah PERCUMA.
Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 014-856 8697 butiran-butiran berikut
1. Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Contoh SMS:

SEMINAR: Ahmad bin Abu, 25/2/2011, Kota Bharu.
Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:
SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Ahmad bin Abu, 2. Halimah Ayob, 3. Halim Ali. , 4. Linda Onn, 25/2/2011. Kota Bharu

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).

(Sumber : http://jutawanemas.com/, Penceramah - Tuan Syukor Hashim )

Khamis, 25 Ogos 2011

Kenapa Kita Perlu Menyimpan Emas ?


Assalamualaikum ….

Membina kesedaran umum bukanlah semudah yang disangka. Tambahan dengan faktor-faktor sekeliling yang menekan, sebaik manapun kesedaran diberi kita pasti tidak akan mengendahkannya sehinggalah segala-galanya tidak berguna lagi. Baiklah, selepas mengetahui tirai sebenar sistem kewangan kita yang menggunakan acuan sistem kapitalis, kita mesti tertanya2 apakah tindakan yang patut diambil untuk mengelakkan kita ditindas oleh sistem kewangan kita sendiri. Ya semestinya tindakan yang tepat ialah menyimpan Emas. Tetapi sebelum kita memulakan simpanan, pelaburan dan membuat keuntungan dengan Emas semestinya kita ingin tahu terlebih dahulu apakah sebenarnya kepentingan Emas kepada kita. Berikut merupakan sebab-sebab mengapa kita perlu membuat simpanan Emas:-

  1. Emas ialah kekayaan yang Sebenar. 

Sejak ribuan tahun dahulu, emas sentiasa menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Ini terbukti dimana sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat sejak 5000-6000 tahun yang lalu. Contohnya Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang.

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

  • Emas mempunyai warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
  • Emas tidak boleh dibinasakan.
  • Sifatnya yang tahan lasak.
  • Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
  • Ia sukar diperoleh dan dicipta.

Pada zaman silam, emas dianggap sebagai simbol kekayaan dan kekuasaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya dan mesti golongan berkuasa. Seperti juga halnya pada zaman sekarang persepsi Emas tetap wujud seperti dahulu kala. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya.

Selain itu juga sifat emas yang tidak boleh dibinasakan menjadikan ianya penyimpan kekayaan yang baik. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul. Begitulah juga halnya pada Wang Kertas dimana dalam suatu jangka masa kertas juga akan binasa dan ianya mudah untuk dibinasakan (bakar/koyak/pudar dsbg)



Berbeza dengan Emas,  nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak mudah terbakar, tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tetap tidak boleh dibinasakan.Contohnya jika sekeping dinar anda di kemek dan di bengkokkan sehingga menjadi bentuk yang lain sekalipun debu ianya tetap mempunyai nilai yang sama.Oleh sebab itulah emas dipanggil penyimpan kekayaan yang terunggul.


     2. Emas adalah Pelindung Kekayaan dan Kalis Inflasi.

Musuh utama kekayaan ialah inflasi. Dengan menyimpan kekayaan dalam bentuk wang kertas ini bermaksud secara tidak langsung kita membenarkan kekayaan kita berlalu pergi. Untuk melindung kekayaan kita, simpanan dalam bentuk Emas merupakan jawapan yang terbaik. Ini kerana sifat emas adalah kalis inflasi dek kerana ianya sukar dihasilkan dan permintaannya sentiasa melonjak. Dengan kedua2 faktor inilah, nilai Emas sentiasa terpelihara.  

Pernahkan anda mendengar cerita pada zaman Rasulullah SAW, 1400 tahun yang lalu, 1 dinar emas boleh membeli seekor kambing. Pada zaman sekarang juga nilai seekor kambing masih bersamaan dengan 1 dinar emas sahaja. Inilah yang dikatakan kalis inflasi!

 3. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Untuk melihat rekod harga emas anda boleh dapatkannya daripada laman web www.kitco.com dan juga di http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg. Tahukan anda sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas. Jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Maka emas telah memberi nilai tambah apabila kita menyimpannya. Seterusnya meningkatkan kuasa beli kita!



      4. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang.

Berbeza dengan emas, nilai wang kertas akan jatuh  dalam jangka masa panjang. Ini menunjukkan wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah kerana nilainya yang sentiasa menurun.
Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut mencukupi untuk membeli nasi dan air minuman. tetapi bagaimana pula sekarang? Pelajar sekarang memerlukan sekurang2nya RM2 untuk membeli nasi dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama. Inilah yang dinamakan inflasi!




    5. Emas adalah aset yang terunggul.

Seperti juga tanah, emas juga merupakan aset. Ia merupakan aset yang unggul! Semua umat manusia dari dahulu sehingga sekarang bersetuju emas adalah sesuatu yang sangat bernilai. Selain itu, ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia samada nilainya kecil ataupun besar. 



Sebagai contoh ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harta benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka. Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam. Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.

Degan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku? Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak diterima di negara lain. Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas.


   6. Emas tidak boleh dimanipulasikan.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia kalis manipulasi. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah selain dari perlu proses penggalian yang rumit. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Inilah yang dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal pada akhirnya. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Masihkah anda ingat sejarang Wang Pisang sewaktu mempelajari sejarah pada Tingkatan 4 lalu?

 
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lesap begitu sahaja dimamah inflasi.
Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai sedikit demi sedikit tanpa anda sedar. Ini kerana ia hanyalah sekeping kertas.

 Matawang Zimbabwe mencecah 100 Billion sekeping!!

Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini. Emas tidak pernah gagal dalam fungsinya sebagai wang, tetapi yang berlaku hari ini ialah ianya ditolak sebagai wang oleh kerana sifat tamak pemerintah.


KESIMPULAN:
Saya berharap dengan penerangan diatas ianya akan membuka minda dan membina kesedaran anda bahawa betapa pentingnya keperluan menyimpan emas. Dengan mengetahui faktor KENAPA anda perlu menyimpan emas sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan kekayaan yang sebenarnya!

Jumaat, 19 Ogos 2011

Public Gold Price



Public Gold Price (24 Hours Live)
(Last updated 19/08/11 2:05 PM)

PG Sell
PG Buy
10 gram
RM 1,970.00
RM 1,812.00
20 gram
RM 3,904.00
RM 3,670.00
50 gram
RM 9,715.00
RM 9,181.00
100 gram
RM 19,338.00
RM 18,371.00
250 gram
RM 48,119.00
RM 45,954.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)
Public Dinar Daily Price
Dinar
PG Sell
PG Buy
1 dinar
RM 800.00
RM 752.00
5 dinar
RM 3984.00
RM 3765.00
10 dinar
RM 7932.00
RM 7535.00
Last updated 19/08/11 2:05 PM
i-Series 22K Jewellery Live Price
(Last updated 19/08/11 2:05 PM)

PG Sell
PG Buy
Available Now
10 gram
RM 1,831.00
RM 1,648.00
20 gram
RM 3,663.00
RM 3,297.00
50 gram
RM 9,157.00
RM 8,241.00
100 gram
RM 18,313.00
RM 16,482.00
Coming Soon
5 gram
RM 916.00
RM 824.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)
Daily Silver Chart
Public Silver Price (24 Hours Live)
(Last updated 19/08/11 2:05 PM)

PG Sell
PG Buy
250 gram
RM 1,258.00
RM 1,069.00
500 gram
RM 2,516.00
RM 2,139.00
1 kilogram
RM 5,032.00
RM 4,277.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)