SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -

Ahad, 26 Jun 2011

Masa Untuk Tambah Stok Emas

Harga Emas turun lagi pada hari Jumaat yang lalu selepas turun sedikit pada hari khamis sebelumnya ekoran rancangan oleh pemimpin European Union (Euro) untuk menjalankan program penstabilan semula ekonomi setelah sekian lama negara itu dilanda krisis kewangan, sekaligus mengurangkan permintaan ke atas Komoditi berharga ini.

Untuk tujuan penstabilan ini, Perdana Menteri EU dijangka akan mengumumkan pakej pemotongan bajet negara pada minggu hadapan. Permintaan ke atas Matawang USD pula semakin mengukuh berbanding Euro, dan ini juga menjadikan permintaan ke atas Emas berkurang dan menyokong kepada penurunan harganya di pasaran dunia.

Dari segi analisis teknikal pula, harga emas kini sedang berada di paras yang pertama garisan Fibo, iaitu pada paras 23.6, sekaligus menjadikan ketika ini adalah posisi yang amat baik bagi sesiapa yang ingin menambah stock Gold dengan menggunakan Teknik Pemurataan Nilai Dollar (Dollar Cost Averaging).

Melalui teknik ini, setiap kali harga turun mencecah garisan kuning Fibo bernombor 38.2, 50 dan 61.8, setiap kali itulah kita perlu tambah order kerana mengikut perkiraan Teori Fibonacci ini, harga mempunyai kenbarangkalian yang tinggi untuk mendaki semula apabila ia mencecah mana2 satu Level Fibo, tetapi pada level bernombor berapa tidak dapat dipastikan, justeru buat saja New Order sebaik sahaja harga mencecah di mana2 garisan dian 23.6, 38.2, 50 dan 61.8.

Jumaat, 24 Jun 2011

Kenapa Beli Emas Public Gold

Byk syarikat dan kedai emas, bank2 dan sbgainya yg menjual emas keluaran mereka sendiri, tp mengapa sy memilih utk membeli emas Public Gold?

Di sini sy akan nyatakan sedikit fakta dan perbandingan utk penilaian anda sendiri, yg mana lebih menguntungkan.

1. PG (Public Gold) mengenakan Spread (Beza harga jual & beli) utk belian semula dgn kadar terendah sekitar 4-6% shj. Berbanding emas yg dijual di kedai emas, mereka akn mengenakan Spread sekitar 15-20%.

2. Jika anda beli di kedai emas, mereka akn mengenakan caj tambahan yg sgt tinggi, cth di Tomei jika anda membeli emas PAMP Suisse mereka akan kenakan caj insurans yg tinggi mengikut berat emas. Cth PAMP Suisse 50g caj mereka RM300, manakala HABIB mengenakan caj RM132 dan mengatakan itu workmanship cost. Sdgkan di PG mereka cuma mengenakan RM40 utk transport cost dari Penang ke kawasan luar dari Penang. Jika anda ambil di Penang, kos itu dikecualikan.

3. Kedai emas dan bank hanya membeli emas emas yg dibeli dgn mereka shj, dan xkan membeli semula jika emas itu bengkok atau calar. Tetapi PG ttp membelinya semula krn mereka sendiri membuat proses peleburan dan rekabentuk. Berbeza dgn bank dan kedai emas yg mengupah kpd syarikat lain.

4. Emas di PG boleh di lock harga mengikut kemahuan kita sama ada secara online 24jam, phone call waktu office hours dan sms, walaupn ketika byran dibuat harganya telah berubah. Cth skrg ini harganya rendah, sy terus lock dan tiba2 pd waktu ptg harganya melonjak tggi. Katakan sy buat byran esok, sy ttp membyr dgn harga yg sy lock smlm.

5. Harga PG berubah setiap 20min, manakala harga di Bank perlu mengikut update semasa BNM dan harga di kedai emas mengikut Persatuan Emas Malaysia yg di update sebulan sekali. Bermakna anda x boleh mendptkan keuntungan mnggunakan teknik spekulasi pasaran.

6. PG menawarkan peluang utk menjadi Dealer, dan yg menariknya setiap belian di bayar komisyen 1.5% dari jumlah terkumpul belian anda bermula 1-30hb. Komisyen dibayar pd 15hb pd bulan berikutnya. Jika anda beli utk simpan sekalipun dan x berniat utk menjualnya, bukankah sememangnya anda dah untung?

7. PG menawarkan peluang perniagaan kpd anda. Dgn menjadi dealer anda akn dpt 1.5% komisyen pembelian, dan jika anda mempunyai dealer di bwh anda, dan pembelian terkumpul anda bersama semua rangkaian mencecah RM300k, anda akan di upgrade menjadi Master Dealer, yg mana anda akan dpt komisyen tambahan 0.5% drpd belian delaer2 di bwh anda.

8. Stok PG sentiasa ada. Berbanding di kedai emas dan Bank, disebabkan mereka mengambil stok drp syarikat lain, maka stok mereka sentiasa kekurangan dan tertakluk kpd 1st come 1st serve. Anda x boleh book emas tersebut.

9. Emas di PG boleh di beli secara Easy Payment Purchase (EPP) sehingga 4 bulan tanpa interest. Hanya 0.5% dikenakan sbg upah pengurusan.

10. Emas PG mudah utk dicagarkan dan xkan terjejas dari segi pembungkusannya. Tetapi jika emas PAMP Suisse, jika anda mahu cagarkan anda perlu potong seal yg membalut certificate dan emas tersebut. Jika seal luarannya sudah terpotong,bagaimana anda mahu menjualnya kelak?

Satu fakta yg sy mahu anda sedar ialah, membeli brg kemas bukanlah satu pelaburan yg bijak, sebenarnya anda membyr harga yg tinggi utk berat emas yg sedikit. Brg kemas mempunyai campuran bahan2 lain dgn kadar yg tinggi spy mudah dibentuk dan utk mencantikkan rekaannya.

Katakan gelang tgn emas 916 yg beratnya 100g, dan harga semasa terkini katakan RM146 segram. Mereka akan menjual kpd anda dgn harga RM 14,600 + workmanship cost. Slps itu cuba anda bawa ke Ar-Rahnu utk dicagarkan, percayalah mereka hanya akan mengira berat emas shja, bermakna beratnya bukan lagi 100g.

Dan jgn anda terkejut, jika gelang tgn anda bukan lagi emas 916 apabila diuji ketulenannya oleh pihak bank walaupn kedai emas mengatakan yg itu adalah emas 916 dan anda membyrnya dgn harga semasa emas 916.

Tahukah anda berapa harga pajakan utk brg kemas?

2 hari lalu sy bertanya kpd Ar-Rahnu EON Cap, kadar pajakan semasa mereka utk brg kemas (mereka hanya terima pajakan brg kemas) hanyalah sekitar RM 36 segram berbanding jika anda cagarkan Public Dinar 916 di Agro Bank mereka menawarkan harga RM 146 segram!!!

Bukan itu shja, malah jika anda pajakkan 1 Dinar emas Public Dinar, mereka akan menerima kesemua berat 1 Dinar itu yg seberat 4.25g!!

Sandarkan Wang Kita Pada Emas....

Pada posting yang lepas saya telah mendedahkan bahawa wang yang kita perolehi hasil titik peluh selama kita bekerja ini sebenarnya adalah wang fiat (iaitu wang yang tidak disandarkan dengan emas).

Ianya langsung tidak bernilai bahkan ianya masih kekal digunakan pun hanya kerana ianya masih diterima oleh para pengguna (kita semua) sebagai medium pertukaran.

Tetapi malangnya kita tidak mampu untuk mendesak pemerintah agar membuat penyelarasan semula dengan mengimbangkan diantara jumlah wang ringgit yang telah dicetak dengan rizab simpanan emas.

Justeru, langkah yang boleh kita ambil ialah, kita sendiri perlu menyandarkan wang yang kita perolehi dengan emas!!



Caranya?

Mudah saja, sebelum kita membelanjakan sejumlah wang, baik untuk membeli barangan keperluan (terutamanya yang mahal dan susut nilai) ataupun untuk tujuan modal perniagaan dan pelaburan pastikan anda gunakan wang itu untuk membeli emas dahulu.

Selepas anda beli emas, pajakkan di Ar-Rahnu dan tunai yang anda dapat hasil dari pajakan itulah yang boleh anda digunakan untuk keperluan tersebut.

Rasionalnya?


1- Membeli barangan susut nilai (Kereta, TV lcd, Laptop, Motosikal & etc)

Jika anda membeli barangan yang susut nilai, anda tidak akan kerugian kerana kadar penyusutan itu dapat diimbangi oleh kadar kenaikan nilai emas yang anda pajakkan tadi.

Anda hanya perlu maintain upah simpan 6bulan sekali dan apabila sampai waktunya nanti (kenaikan harga emas) anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungan hasil jualan tadi akan mengurangkan kerugian anda diatas belian barangan susut nilai tadi dan tidak mustahil dalam masa yang sama anda akan meraih keuntungan, sekaligus membuatkan barangan tadi anda perolehi secara percuma!!. Rujuk posting disini.


2- Modal Perniagaan

Setiap perniagaan terdedah kepada risiko kerugian. Justeru, sandarkan modal perniagaan ataupun modal pusingan anda dengan emas. Caranya sama, iaitu beli emas, pajakkan dan hasil pajakan tadi baru boleh digunakan untuk perniagaan.

Jika perniagaan anda untung, hasil dari keuntungan bulanannya digunakan untuk bayaran balik kepada Ar-Rahnu sedikit demi sedikit sehingga tertebus kesemua emas tadi. Dengan cara ini, untung perniagaan anda dapat, untung kenaikan emas pun anda dapat!!

Jika perniagaan anda rugi pula, anda hanya perlu maintain bayaran upah simpan setiap 6 bulan sekali, dan dengan purata kenaikan nilai emas 25% setahun, hanya dalam masa 4 tahun anda telah menggandakan nilai emas anda kepada 100%. Anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungannya telah cover semula kerugian anda tadi. Keuntungannya anda boleh belikan emas lagi, pajakkan dan mulakan perniagaan baru.

Sedarlah, jika anda laksanakan cara ini, anda tidak akan muflis, jatuh terduduk dan sebagainya seandainya anda kerugian di dalam perniagaan anda, kerana risikonya telah diminimakan oleh emas!!!


3- Pelaburan (Hartanah, Saham, Unit Amanah etc)

Ramai orang mengatakan bahawa pelaburan hartanah sememangnya menguntungkan, tetapi amat jarang yang mengatakan berkenaan risiko kerugiannya.

Apakah pelaburan hartanah tiada risiko?
Bagaimana jika berlaku kemelesetan ekonomi, syarikat2 bankrap, penyewa anda hilang pekerjaan sekaligus tidak mampu membayar sewa kepada anda? dan anda juga tidak mampu membayar semula kepada bank? akibatnya rumah anda akan dilelong!!




Tetapi jika anda menyandarkan belian rumah tadi dengan emas, anda tidak akan kerugian kerana apabila berlaku kemelesetan ekonomi harga emas akan naik mendadak!!

Begitu juga ketika berlakunya bencana atau peperangan seperti peristiwa 9/11 cthnya, jika anda mempunyai hartanah di kawasan bandar di U.S sudah tentu penyewa anda akan lari dan anda perlu menanggung risiko yang hartanah anda akan dilelong. Tetapi jika anda sandarkan pelaburan tersebut dengan emas, anda akan menikmati keuntungan hasil kenaikan emas sebanayk 9% dan perak 11% pada hari itu!!


Kesimpulannya, emas bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kepada nilai harta anda, tetapi ia juga bertindak sebagai pelindung kepada kerugian dan peminima risiko perniagaan dan pelaburan anda.

Semoga anda dapat mengambil iktibar hasil dari tips ini, dan jangan berlengah lagi, hubungi saya sekarang dan beli emas sebanyak mungkin sebelum ianya mencecah $ 2,000 per oz pada hujung tahun hadapan!!

Anytime just call/sms saya di 014-8568697

Rabu, 22 Jun 2011

Public Gold Daily Price

(Last updated 22/06/11 4:10 PM)
 PG SellPG Buy
10 gram RM 1,709.00 RM 1,572.00
20 gram RM 3,386.00 RM 3,183.00
50 gram RM 8,426.00 RM 7,963.00
100 gram RM 16,774.00 RM 15,935.00
250 gram RM 41,738.00 RM 39,860.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

Public Dinar Daily Price

DinarPG SellPG Buy
1 dinarRM 700.00RM 658.00
5 dinarRM 3483.00RM 3291.00
10 dinarRM 6935.00RM 6588.00
Last updated 22/06/11 4:10 PM

Public Silver Daily Price

(Last updated 22/06/11 4:10 PM)
 PG SellPG Buy
250 gram RM 1,161.00 RM 987.00
500 gram RM 2,323.00 RM 1,975.00
1 kilogram RM 4,645.00 RM 3,948.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

Emas VS Wang Kertas

Alhamdulillah,

Syukur dengan rezeki dan nikmat yang melimpah ruah. Agak lama saya tidak membuat update di blog ini, kalau ikutkan hati, setiap hari saya mahu membuat 2-3 posting untuk para pengunjung, namun apakan daya, setiap hari semakin sibuk dengan bisnes dan berjumpa New Dealer serta prospek.

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin memberikan gambaran yang lebih jelas sebagai pembuka minda. Tujuannya supaya anda dapat tepuk dada dan tanyalah hati sendiri, adakah anda masih mahu menyimpan Wang Kertas ataupun Gold & Silver. Jom sama2 perhatikan chart dibawah.

Nak simpan wang atau beli dan simpan Emas?


Chart berwarna putih diatas adalah Live Data bagi nilai Dollar yang mana ianya menunjukkan trend pergerakan menurun, manakala chart berwarna Gold pula adalah Live Data bagi harga Emas yang mana trend pergerakannya menunjukkan pergerakan menaik. Sayangnya saya cuma ada Data Harga bagi nilai USD bermula May 2009 sehingga sekarang, tapi ianya sudah cukup untuk menunjukkan perbezaan yang amat ketara bagi keduanya.

Saya kira, chart diatas telah menjelaskan segala2nya, anda sendiri dapat melihat yang nilai USD terus turun dan turun, dan tidak mustahil satu masa nanti nilainya akan mencapai ke angka 0 (sifar), bererti ianya langsung tidak bernilai! Sejarah lalu telah membuktikan yang beberapa Matawang ciptaan manusia sebelum ini nilainya telah mencecah ke angka sifar! Sebagai contoh matawang Continental ini :



Matawang ini dicipta oleh Amerika ketika perang Revolusi, yang mana tujuannya adalah untuk membiayai kos yang terlibat di dalam peperangan. Namun sebaik sahaja perang tamat, Matawang tersebut tidak lagi diterima pakai oleh orang ramai, sekaligus menjadikan ianya kehilangan nilai. Masakan matawang ciptaan manusia ini mampu mengatasi nilai wang yang diciptakan oleh Allah S.W.T iaitu Emas & Perak? (Zahabi Wal Fiddoh).

Kini USD juga sedang menuju ke arah itu! Mungkin anda berkata anda menyimpan RM dan bukannya USD, Benar.. tapi mungkin anda terlupa yang nilai RM adalah disandarkan dengan nilai USD! Jika sesuatu yang menjadi sandarannya juga sedang mengalami penyusutan nilai, apatah lagi sesuatu yang disandarkan dengannya, kerana RM itu sendiri sebenarnya tiada nilai apa2 padanya, tetapi ianya menjadi bernilai dan diterima untuk digunapakai apabila ianya disandarkan kepada nilai USD.

Hakikatnya, apabila nilai Matawang semakin susut seperti yang boleh dilihat di dalam carta diatas, kadar penerimaan ke atasnya juga akan semakin berkurang, dan jika kadar penyusutan nilainya menjadi terlalu besar, tiada siapa lagi yang mahu menerima pakai matawang tersebut!

Ianya amat berbeza dengan nilai komoditi Emas yang mana nilainya sentiasa meningkat sebagaimana yang dapat dilihat pada carta diatas. Sebagai contoh, pada tahun 2009 kadar tukaran USD - RM ialah RM3.60, kini kadarnya hanya tinggal RM3.00, bermakna jika pada tahun 2009 saya mempunyai RM36,000 di dalam akaun simpanan saya, jumlahnya ketika ini mungkin masih RM36,000, tetapi jumlah sebanyak itu ketika ini hanya mampu membeli sesuatu yang berharga RM30,000 pada tahun  2009 dulu, buktinya, sepinggan Nasi Goreng pada tahun 2009 hanya berharga RM3.00 sahaja, tetapi kini Nasi Goreng yang sama dan di kedai yang sama telah berharga RM3.60!!.

Bayangkan jika pada tahun 2009 dulu, dengan wang RM36,000 itu saya boleh membeli Emas seberat 343 gram (RM36,000 / RM105 (Harga emas segram) = 343g, dan jika saya menjual emas tersebut pada ketika ini saya boleh mendapat tunai sebanyak RM60,711 (343g x RM177/g)!!!

Bayangkan pula pada tahun 2009 dahulu kos sara hidup anda berjumlah RM3,000 sebulan, kini walaupun anda masih kekal dengan cara hidup yang sama seperti pada tahun 2009 dahulu, tetapi kos sara hidup bulanan anda telah meningkat kepada RM3600 sebulan! Mungkin pada dasarnya anda beranggapan ianya adalah disebabkan oleh harga barangan2 keperluan & perkhidmatan yang telah meningkat, memang benar...! inilah apa yang dinamakan dengan peningkatan kadar Inflasi, iaitu penyusutan kuasa beli melalui kenaikan harga barangan keperluan & perkhidmatan!

Kesimpulannya, belilah emas, tukarkan semua tunai yang ada dalam simpanan anda kepada emas fizikal, gunakannya untuk meningkatkan kuasa beli anda supaya kewangan anda terus kebal dari  gelombang inflasi yang terus mengganas dari masa ke semasa. Untuk makluman, jika anda sekadar membeli emas dengan tujuan untuk dijual semula apabila harganya naik dan mengambil keuntungan daripadanya, ianya masih tidak membantu anda dari sudut perlindungan kewangan peribadi dan peningkatan kuasa beli. Mungkin anda masih untung dengan cara itu, tetapi anda masih terdedah dengan penyusutan kuasa beli dan Inflasi. Justeru, belilah Emas dan jadikan ianya sebagai aset pelaburan yang disimpan dan digunakan untuk jangkamasa panjang, sampai ke bila2.

Saya mendefinasikan Pelaburan itu sebagai satu aktiviti yang mampu mengubah kedudukan kewangan seseorang Pelabur itu, bermula dari satu tahap yang biasa menuju ke satu tahap yang luar biasa atau lebih baik selepasnya. Jadi, jika si Pelabur gagal membawa kedudukan kewangannya ke satu taraf yang lebih baik selepas dia membuat Pelaburan, maka dia perlu mengkaji dan merancang semula Investment Plan nya!

Susahkah Nak Jual Emasni.......

Ramai org bertanyakan soalan yg sama, krn mereka beranggapan disbbkan harganya yg tinggi, mgkin agak sukar utk menjualnya dan tidak ramai org yg mampu membelinya.

Realitinya, sepanjang penglibatan sy di dlm dunia perniagaan, tidak pernah sy menjual sesuatu yg bukan sahaja saiznya kecil dan mahal tetapi sgt mudah utk dijual!!

Sekiranya seseorg itu sememangnya mempunyai simpanan tunai, dia xkan berfikir lama utk membuat keputusan membeli ketulan berharga ini.

Tetapi jika sebaliknya, bermakna kemungkinan prospek anda tidak mempunyai simpanan tunai dan besar kemungkinannya die menghadapi mslh kewangan yg kronik!!


Apabila sy berjumpa kenalan, rakan atau saudara mara, sy tidak pernah mengatakan kpd mereka bahawa sy ingin menjual emas kpdnya, sebaliknya sy hanya berkongsi pendapat dan pengalamn agar mereka sndiri dpt berfikir dan menentukan kerasionalan pendapat sy.

Sy hanya bercerita yg sy kini tidak lagi meyimpan tunai di bank, krn ingin melindungi hasil titik peluh sy drpd lenyap nilai semasanya dek kerakusan Inflasi. Sy menambah lg yg sy membelanjakan 80% wang tunai sy utk membeli emas, dan lebihan 20% sy gunakn sebagi modal pusingan utk berniaga emas dgn niat ingin berkongsi peluang dan membantu rakan2 yg lain agar mereka juga tidak kehilangn nilai simpanan mereka.

Kebanyakan drpd mereka bersetuju dgn pendapat sy dan slps sy menunjukkan beberapa ketul emas milik sy, mereka juga berminat utk membelinya sebagai perlindungan kpd harta dan simpanan di hari tua.

Mudah kan? Tetapi awas!! Jgn sekali2 keluarkan ayat "hendak menjual" kpd mereka walaupn mmg itu satu2nya tujuan anda, krn secara automatik Mind Set kebnykan individu akan menjadi negatif apabila mendgr perkataan itu, bermakna x sempat anda berkata apa2, mereka dah berkata "x naklah"...

Hanya perlu tukarkan konsep, timbulkan kesedaran kpd prospek anda, berikan cth2 yg realistik agar mereka dpt berfikir dan menilainya sendiri. Sy jamin, pasti mereka xkan berfikir lama utk bersetuju dgn pndpt anda dan terus bersetuju utk membeli jika disuakan dgn beberapa ketul emas.

Berniaga perlu realistik, bermakna perlu ada produk, jika sekadar air liur, anda ceritalah ttg bintang2 di langit sekalipun, waima bulan dan matahari, mereka hanya mengangguk2 dan senyum kambing shj.
Tetapi situasi pasti berbeza jika mereka diberi peluang melihat dan meneliti ketulan emas 100g, 50g dan 20g!!


Berniaga emas bukan bermakna anda perlu memujuk, tawar menawar dan mengatakan bahawa harga yg anda tawarkan jauh lebih murah dari pasran semasa, perlu tanamkan kesedaran di dlm diri anda sendiri bahawa perniagaan emas ini adalah perniagaan yg ekslusif, dan harganya seiring oleh mekanisme permintaan dan penawaran, justeru perlu memegang kpd prinsip2 seperti ini agar nilai komoditi itu tidak dilihat "murah" oleh prospek dan menganggap perniagaan anda ini sesuatu yg benar2 hebat dan mengujakan!!

Dan utk menjadi seperti itu, anda perlu menjadi seorang AHLI PERNIAGAAN dan bukan seorang PENIAGA semata2.

Paling utama, anda sendiri perlu menyedari hakikat jika sekiranya anda tidak berjaya menjual walau sekeping emas pn, anda tidak akan mengalami kerugian!! Inilah yg sy anggap sbg satu perniagaan yg cukup hebat, krn matlamat utama bukanlah pd jualan semata2.

Konsep perniagaan konvensional ialah anda akan kerugian jika tidak dpt membuat jualan, tetapi konsep perkongsian ilmu kewangan melalui komoditi emas akan menjadikan anda seorg Pelabur dan Ahli Perniagaan yang berkaliber!!

10 SEBAB MENGAPA PERLU MEMILIH EMAS SEBAGAI SIMPANAN

1. Emas ialah kekayaan yg sebenar.
2. Harga emas sentiasa meningkat dlm jangka masa panjang (sebaliknya bagi nilai wang kertas).
3. Aset yg terunggul.

4. Tidak boleh dimanipulasikan (spt yg pernah dibuat oleh George Soros dulu)
5. Warna kuning keemasan yg menarik & tidak akan pudar selamanya.
6. Emas tidak boleh dibinasakan (takat lebur emas 1064 °C)
7. Tahan lasak.
8. Mudah dibahagikan kpd unit yg kecil tanpa menjejaskan nilainya.
9. Ia sukar diperoleh (hanya Geologist yg tau betapa sukarnya melakukan kajian bagi mengenalpasti kewujudan rizab emas).
10. Boleh digadai utk mendapatkan pinjaman (utk dijadikan modal pusingan atau digunakan semasa kes kecemasan).

BUAT LOAN BELI EMAS

Hasil daripada pemerhatian saya sepanjang bergiat dalam bidang perniagaan emas ini, ramai yang bertanyakan soalan seperti ini kepada saya. Jawapan saya semestinya "Berbaloi!!"

Saya dedahkan rahsianya kepada anda,


TEKNIK BELI & SIMPAN

Adakah anda pernah menyesal dan memikirkan risiko kerugian yang bakal dihadapi apabila anda berhutang utntuk membeli sesuatu yang susut nilai seperti kereta, TV, sofa, peti ais dll...?

Mungkin anda tidak terlalu bimbang akan risiko kerugiannya kerana anda dapat memanfaatkan kemudahannya dalam kehidupan seharian.

Tetapi mengapa anda terlalu bimbang untuk berhutang bagi tujuan pembelian sesuatu yang meningkat nilainya seperti emas? Bukankah pemahaman anda berkenaan pengurusan kewangan dan risiko sudah terbalik?

Saya berikan contoh, anda berhutang RM 100,000 daripada bank dan kesemuanya anda gunakan untuk membeli emas bagi tujuan pelaburan.

Ambil kira purata kenaikan emas tahunan sekitar 25%, hanya selama 4 tahun sahaja anda telah menggandakan wang RM 100k itu tadi. Nah, anda dah boleh jualkan sebahagiannya, dan bayar semula pinjaman RM 100k yang anda gunakan sebagai modal tadi.

Kini anda telah memiliki sejumlah emas bernilai RM 100k secara percuma!! Jika tempoh masa kenaikan harga emas agak perlahan sekalipun ataupun istilahnya 'Worst Case Scenario', mungkin purata kenaikannya hanya sekitar 15% setahun, anda hanya memerlukan tempoh masa selama 7 tahun untuk menggandakan nilainya!!

Jika anda membuat loan ASB sebanyak RM 100k selama 20 tahun, jumlah bayaran bulanannya adalah lebih kurang sama dengan jumlah bayaran untuk Personal Loan sebanyak RM 100k bagi tempoh 20 tahun.

Tetapi boleh kah pelaburan di ASB menggandakan modal asal anda dalam tempoh masa 4-7 tahun shj?

Jika anda menggunakan dividen tahunan untuk bayaran bulanan pada tahun2 berikutnya, bermakna anda hanya akan mendapat RM 100k selepas tempoh matang selama 20 tahun itu.

Cuba anda tukarkan konsep itu dengan membuat Personal Loan dan membeli emas, dalam jangkamasa 20 tahun agak2 berapa kilo emas yang dapat anda kumpulkan?

Mengapa saya menasihatkan Personal Loan selama 20 tahun?
Walaupun interestnya agak tinggi, tetapi bayaran bulanannya adalah rendah, dan kita perlu mengambil kira sekiranya berlaku keadaan 'Worst Case Scenario', maka kita tidak akan terbeban untuk meneruskan bayaran bulanan untuk jangkamasa beberapa tahun lagi, itulah rasionalnya!!

Jangan dirisaukan tahun yang panjang kerana anda telah merancang untuk menyelesaikannya dalam jangkamasa yang lebih awal.
Jangan dibimbangi akan kadar interest yang tinggi, kerana kadar yang tinggi hanya akan dirasai dalam jangkamasa yang panjang dan ianya juga agak berbaloi untuk membayar interest yang agak tinggi sedikit bagi jangkamasa 20 tahun kerana kesannya anda dapat membuat backup plan untuk pelaburan anda sekiranya berlaku situasi2 diluar jangkaan.


Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mungkin masih ramai yang belum memahami , apakah kelebihan berniaga emas atau dengan bahasa yang mudah kelebihan menjadi dealer Public Gold.

Cuba anda semua perhatikan kedai emas ditempat anda . Adakah pelanggannya seperti pasar yang mana pelanggannya bersesak-sesak beli emas??? TETAPI mengapa kedai emas tetap tidak tutup walaupun pada padangan kasar kita tiada pelanggan.... JAWAPANNYA ”Itulah rahsia berniaga emas / perniagaan emas”.


Baiklah saya akan cuba huraikan serba sedikit tentang kelebihan menjadi dealer Public Gold :
1.      Jika anda ingin membuka kedai emas mungkin modal jutaan ringgit tapi dengan Public Gold hanya beli satu product Public Gold sahaja mengikut harga semasa.
2.      Tiada yuran keahlian dan boleh dianggap sebagai menyimpan sambil berniaga.
3.      Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas. Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.
4.      Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold menggunakan kaedah online / sms / call/ melalui master dealer.
5.      Gold Bar atau Jongkong Emas Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan beratnya tetap sama.
6.      Agen diberi pamplet oleh syarikat dan saya sendiri serta nama tuan akan dipaparkan di website Public Gold bagi mewakili dealer di kawasan tuan. Setakat hari ini purata pengunjung Public Gold melepasi 1000 orang sehari. Jadi senang nak buat promosi.
7.      Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.5% untuk jualan dan 0.3% untuk belian semula. Maksudnya, kalau anda order stok daripada Public Gold maka anda akan dapat komisyen 1.5% (daripada nilai jualan). Contoh anda beli emas 50g, berharga RM7,142. So, komisyen anda adalah (RM7,142 x 1.5%).
8.      Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).
9.      Tetapi jika anda pandai mengatur strategi, maka anda boleh mendapat komisyen yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan.
10.  Tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda. Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.

Berdasarkan point-point yang saya senaraikan diatas , tiada alasan untuk anda menceburkan diri dalam perniagaan emas. Emas bukan lah produk yang mana perlu dijaja supaya orang membeli, cukuplah dengan berkongsi kepentingan menyimpan emas.

Bila mereka sudah mengetahui kepentingan emas, InsyaAllah mereka akan membelinya. Saya sendiri juga akan sentiasa memberi tunjuk ajar pada anda semua bagi memastikan kita sama-sama berjaya.

EMAS = BELI UNTUNG , JUAL PUN UNTUNG , SIMPAN UNTUNG ... POKOKNYA.... ADA EMAS DITANGAN... MAKA UNTUNGLAH JAWABNYA ...renung-renungkan.... :-)

SIMPAN EMAS...ANDA UNTUNG

BELI EMAS...SIMPAN EMAS...ANDA UNTUNG

Tetapi jika anda menyimpan dalam emas, nilai kekayaan tetap disimpan dengan baik.

Contoh pada 1400 tahun dahulu (zaman Nabi) seekor kambing dapat dibeli dengan Satu Dinar sahaja....dan sekarang seekor kambing pun dapat di beli dengan 1 Dinar....

1 Dinar = Rm 669 (1st Jan 2011) = 1 ekor kambing.


Emas adalah penyimpan nilai paling stabil di dunia....jadi apa lagi jangan tunggu lama-lama.
Lagi lama anda tunggu lagi banyak duit anda akan susut nilai hasil daripada inflasi.

Dan tahukah anda bahawa inflasi untuk Dinar emas adalah 0%



Simpan lah emas sekarang dan nilai kekayaan anda akan tersimpan dengan selamat.

Sebarang pertanyaan mengenai Pelaburan Emas, sila hubungi saya sms @ call 014-8568697  atau email gerak2001@yahoo.com.my