Salam sejahtera, Salam KomunitiEmas!
Diharapkan pembaca semua sihat-sihat sahaja dan sentiasa berada di dalam lingkungan rahmah-nya. Pada kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda beberapa potong ayat Alquran yang kebiasaanyya dijadikan doa. Ianya amat berkait rapat dengan Emas. Ya, ayat/doa yang saya maksudkan ialah semestinya Ayat 1000 Dinar.
Tahukah anda 1000 dinar adalah bersamaan dengan RM653607.5!! Banyakkan!!☺. Berikut adalah terjemahan Ayat 1000 Dinar , fadhilat dan sejarah ayat ini.
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Kelebihan ayat ini:
"Barang siapa mengamalkan membaca ayat ini tiga kali selepas tiap-tiap solat lima waktu, nescaya Allah murahkan rezekinya dan Ia cukupkan baginya kemuliaan di dunia dan akhirat.

Sejarah Ayat Seribu Dinar :
Bagaimana dan kenapa ayat ini dinamakan ayat seribu Dinar?
Sebenarnya ayat ini adalah salah satu daripada ayat Al-Quran. Iaitu dari Ayat 2 dan 3 surah At-Tolaq.
Nak tahu kenapa ayat ini dinamakan sebagai ayat seribu dinar?Kisahnya begini, Pada suatu ketika dulu, adalah seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khaidhir. Mimpinya yang Pedagang ini diperintahkan Oleh Nabi Khaidhir supaya bersedekah sebanyak 1000 dinar. Pedagang tersebut telah bermimpi sebanyak 3 kali dengan perkara yang sama. lalu pedagang tersebut mula merasakan yang mimpi itu adalah perkara yang benar.
Kemudian, Pedagang tersebut mengikut mimpi yang dilaluinya itu dengan bersedekah sebanyak 1000 dinar. Kemudian datang mimpi sekali lagi menemui Nabi Khaidhir yang mana Nabi Khaidhir mengajar pula ayat 2 hingga 3 surah At-Tolaq supaya diamalkan. Kemudian Pedagang tersebut terus mengamalkan ayat tersebut seperti mana yang diajarkan oleh Nabi Khaidhir.
Pada suatu hari ingin pergi berdagang ke suatu tempat dengan menggunakan jalan laut dengan menaiki kapal. Ketika dalam perjalanan,tiba-tiba ribut taufan yang amat dasyat datang membadai kapal pedagang tersebut. Dalam keadaan sebegitu,Pedagang tersebut hanya bertawakkal dan berserah sahaja kepada Allah sambil terus menerus membaca surah yang seperti mana diajar oleh Nabi Khaidhir dalam mimpinya itu.
Dan akhirnya kapal mereka pecah dipukul ombak besar dan semua penumpang dan anak kapal pedagang mati dan kembali ke Rahmatullah kecuali hanya pedagang tersebut sahaja yang masih hidup, sehinggalah ribut sudah reda dan pedagang tersebut tersedar dan mendapati dirinya sudah berada ditepi pantai di sebuah negeri bersama barang-barangnya yang tidak sedikitpun rosak.
Sambil menadah tangan dan mengucap kesyukuran kepada Allah yang maha berkuasa dengan kehendaknya dan hikmah disebalik membaca ayat seribu dinar itu maka pedagang itu selamat. Lalu, pedagang tersebut menagmbil keputusan untuk tinggal sahaja di negeri tersebut dan ayat yang diajar nabi Khaidhir terus diamalkan.
Selama pedagang tersebut tinggal di negeri itu, pedagang tersebut mengambil keputusan berniaga dan berdagang dengan penduduk setempat. Dengan amalannya membaca ayat seribu dinar. Kemudian dengan izin Allah, pedagang tersebut telah diangkat sebagai raja dalam negeri itu (rezeki yang tidak disangka-sangkanya.)

Begitulah kisahnya disebalik nama ayat seribu dinar...
Oleh itu marilah kita mengamalkan ayat ini dan berdoa supaya Allah mengizinkan kita dapat mengecapi kemurahan rezeki dan nikmat di dunia mahupun akhirat. Insyallah.
P/s: Jangan lupa amalkan, dengan usaha dan tawakkal mudah-mudahan Allah murahkan rezeki dan menambahkan lagi kekayaan kita dalam pelaburan Emas ini!Amin☺
Tiada ulasan:
Catat Ulasan